Saturday, April 23, 2011

* behind the scenes | Wedding *

Assalaam alaykom... erm.. entry kali ini agak istimewa buat saya. Setelah beberapa lama berkecimpung dalam dunia fotografi dan alam perkahwinan...sekurang-kurangnya bila diimbas kembali dengan gambo, pasti saya tersenyum. Biarpun CANDID dan Behind The Scenes, namun ianya cukup bermakna buat insan seperti saya yang menceburkan diri di bidang ini. Pernah satu ketika soalan yang di tanya "Apa yang akan kamu buat sekiranya tidak bekerja di syarikat ini? " Jawapan saya "Bisnes!!! Selain mempunyai pengalaman dalam urusan restoran makanan, saya juga menceburkan diri dalam bisnes fotografi dan pengurusan program." {eh, macam jawab interview pulak! haha}

Tetapi benar.. kita harus mempunyai minat dan perlu berkorban masa. Saya akui masa untuk berehat amat terhad. Mungkin kelebihan saya mempunyai keluarga yang juga aktif dalam program bermasyarakat. Secara tidak langsung, saya juga harus berada sebaris mereka. Alhamdullillah. Walaupun saya lakukan secara sambilan, namun saya percaya... banyak pengalaman yang saya perolehi. Yang penting kita perlu mempunyai minat. Yang penting kita harus mempunyai keberanian. Sekurangnya pengalaman saya berhadapan dengan customers di kedai MAMA kini berhasil. Jika dahulu saya agak malu untuk bertanya... tetapi pengalaman itulah yang memberi tapak untuk saya kini lebih berani melangkah ke hadapan.

okay... bts kali ini berkisarkan cerita saya sejak 2 tahun setengah yang lalu. Pabila saya mula memegang mr Niko mengambil gambo2 di majlis kawen... kini melangkah setapak lagi menguruskan aturcara majlis kawen. {owh.. hasrat mahu menjadi weddin' planner. tetapi mungkin tak cukup masa. hehe}. Namun banyak yang dapat saya pelajari...bermacam adat yang dikenalpasti. hmm.

owh jika di majlis kawen.... moment yang paling sukar ketika majlis akad nikah!! kerna saya perlu mengejar setiap moment yang menjadi saat2 yang terindah dalam diari pengantin.

then komunikasi dengan tetamu dan pengantin. Sebagai OP, saya harus bisa memberi keceriaan di samping menyusun atur kedudukan tetamu ketika bergmbo. hehe.

owh.. ini ketika menyusun atur hantaran sekiranya perlu di ubah kedudukan.. hehe.

yes!!! komunikasi adalah penting bagi mendapatkan mood yang baik sepanjang majlis

selain tu, dapat masuk gmbo.. hehe. erm.. dapat makan2 sedap.
tetapi perlu memikul mr Niko sekurang-kurangnya 4-5 jam. huhu

then dapat follow pengantin ke sesi outdoor... memang best!

my photog buddies... tidak lain tidak bukan, hubby Moose!!! keserasian membawa kami bertugas bersama...
{dapat la jalan2 bersama CYG... hiks}


Selain bertugas sebagai OP, sekiranya the Wayfarers dilantik menjadi program coordinator, saya ditugaskan sebagai floor manager. Maka tugas bermula dari menyediakan aturcara majlis, membuat pembahagian tugas, menghafal aturcara.. hehe, dan memastikan majlis berjalan lancar.

Terkini, the Wayfarers diberi tanggungjawab untuk menjadi program coordinator bagi Majlis Resepsi mrs Sarah and mr Ozkan di Kelab Shah Alam. Bermula dengan penyusunan aturcara, pengacara majlis, sistem audio, salawat dan persembahan, fotografi semuanya di uruskan oleh the Wayfarers. Alhamdullillah... tahun 2009 yang lalu, kami diberi kepercayaan menata majlis Sarah's sister. Kali ini sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama, cuma majlis ini lebih simple dan tidak terikat dengan masa kerna diadakan di sebelah petang {bts tahun 2009 disini ya..}

lastest The Wayfarers membuat persembahan di Majlis Resepsi Sarah & Ozkan

sista Yusra & IBU

hubby Moose sempat lagi solo di stage yer!

hubby Moose and brother Muadz

young husband and wife yang aktif dengan program kesihatan

the Wayfarers and Pengantin

HAPPY! Kepuasan yang dikecapi pabila melihat wajah2 yang tersenyum. Secara tidak langsung, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan mana2 majlis di sepanjang kelolaan saya. Syukran!

2 comments:

  1. congratulation ..bakal2 wedding planner lah tu..

    ReplyDelete
  2. Kak Yan... kena menuntut byk ilmu lg. gubahan hantaran kena belajar ngan akak. hehe

    ReplyDelete