Wednesday, March 23, 2011

* owh my BEST Buddies *

mrs Cyana && mr Niko

YES!!!! my buddies mr Niko!!!! mr Niko adalah kesayangan... kategori ITEM MUST HAVE! HOT ITEM! D90 adalah kamera DSLR kedua selepas D60. Keputusan hubby Moose upgrade ke D90 adalah sangat berbaloi. Thank you CYG! Hampir dua tahun kami bersama, tetapi perkhidmatannya masih di tahap TIP TOP! Selesa bersamanya, praktikal dan sentiasa memberi hasil yang bisa mengukir senyuman. Saya bukanlah seseorang yang mahir untuk berbicara tentang dunia fotografi. erm.. kerna permulaannya hanya dengan hobi bergambar dan mula merakam gambar sebagai salah satu kerjaya sampingan. {self-pic curi tulang masa bekerja.. hiks}. Bayangkan jika ke sesuatu majlis, saya terpaksa memegang mr Niko yang beratnya sahaja 620g selama 5-8 jam... Itu belum termasuk battery grip, lens dan flash.hmm. Setakat hari ini, saya bisa menyatakan terdapat peningkatan prestasi tetapi belum sampai tahap memuaskan hati. hmm. Bila hubby Moose tersenyum atau memuji... itu sudah cukup menggembirakan hati.

Secara peribadinya saya tidak pandai perihal teknikal kamera. {bab itu sila rujuk dengan hubby Moose yer!} Tetapi setakat mahu berkongsi idea dan ilmu..Apa itu aperture, shutter dan ISO? InshaAllah saya bisa jelaskan. Kerna saya juga belajar melalui melihat dan mencuba. Ingat lagi jika mula2 dulu, saya totally blur, tak faham langsung tentang asas dan teknik2. Tetapi sekurangnya kini saya mampu tersenyum. Walaupun tak menguasai kesemuanya...sekurangnya saya bisa menghasilkan gambo2 yang membuat saya gembira.

Kini D90 sudah tiada lagi keluaran baru di pasaran. Digantikan dengan D7000 yang lebih baik prestasi dan mutu. Tetapi selagi mr Niko memberi servis yang baik, saya harus menjaganya sebaik mungkin. Pilihan saya hanyalah simple... hubby Moose memberi keutamaan kepada saya meggunakan 2 jenis lens iaitu AF17-50mm F/2.8 Di-II LD Aspherical dan AF Nikkor 50mm f/1.8D. Kedua2nya mempunyai Aperture yang rendah, bisa menghasilkan bokeh yang baik. Gabungan mr Niko bersama potrait dan wide lens. Simple equipments to captured memorable moment!!! Superb!!! Luv ya'!

4 comments:

  1. Kalaulah kakcik mempunyai kamera secanggih yang Cyana punya, pastinya kakcik lebih 'gila' merakam gambar pemandangan! :)

    ReplyDelete
  2. sama saya juga kak. gila gak.. tapi semua gambar saya amik.. tu lagi gila kan..

    ReplyDelete
  3. kak cik... kalo ada sure lg 'gila2' banyak dan mcm2 jenis gmbo ada. hehe

    ReplyDelete
  4. kak yan... sama la jugak mcm kakcik. rajin amik gmbo. asal amik gmbo makanan jek... sy yg terliur tgk. hehe

    ReplyDelete