Thursday, March 10, 2011

* Mesra @ BEIJING *

Cerita merujuk poster tertera. {tq to mr Ja'a for the poster}

Salaam sisters & brothers & ahli2 kelab... KBM HQ akan menganjurkan lawatan ke Beijing China merangkumi tempat2 lawatan wajib seperti Tembok Besar China dan lain2 tempat lawatan termasuklah tempat2 shoppin' barangan popular di China seperti sutera, herbal dan jade. Pakej lawatan juga termasuklah harga ground+tiket penerbangan MAS Airlines+ tax+etc. Peserta cuma perlu membawa wang saku untuk shoppin' sahaja. hehe.

owh..saya telah diberi tugasan untuk mengendalikan program lawatan ke luar negara. Maka saya mencari quotation untuk beberapa negara Asean dari 10 travel agent {ala2 bukak tender pula.. hehe}. Memandangkan banyak program yang menyusul, maka hanya pada bulan Mei barulah berpeluang slotkan program nie. hmm. Entah kenapa kurang yakin bila diberi tugas sebagai ketua... biasanya pembantu ketua sahaja. hehe. Mungkin saya perlu yakinkan diri yang saya bisa melakukannya. InshaALLAH.

Jika tiada aral melintang, mrs Cyana seperti nama rasmi tertera di poster bakal mengetuai rombongan ahli KBM HQ. Setakat hari nie, saya masih lagi mencari mana2 agen yang bisa menawarkan harga yang lebih murah. erm.. Harga pakej di poster adalah harga selamat, jika dapat lebih murah.. maka wang peserta juga akan dipulangkan. Rata2 bila bertanya travel agen, pasti jawapannya harga lebih 2K, jika tawaran di bawah 2K...penerbangan yang di tawarkan adalah Air Asia. hmm...

Setelah berbincang dengan AJK yang lain, kami bersetuju memilih pakej yang lebih mahal kerna ini adalah lawatan separa rasmi syarikat... dan lebih pentingkan keselesaan. Makanya saya bakal berangkat ke tanah besar China tanpa hubby Moose bersama. {maksud tersirat, tanpa mr photog yg rajin... huhu}. Semoga yang dirancang akan berjalan dengan jayanya. InshaALLAH.

p/s to GGO: Sorry terpaksa cancel Krabi.. ruginya $$$$$$!!! Air Asia tk kasi tukar nama! huh!

No comments:

Post a Comment