Wednesday, March 16, 2011

* i'm STRESSful*

mrs Cyana in black and brown mood..

Salaam sisters... erm.. hari2 tak selalunya indah. Kebelakangan ini macam2 bencana alam yang menimpa dunia. Itu jika berita bencana. Tetapi masyarakat dunia juga kini telah dikejutkan dengan bermacam2 rusuhan juga. Sedihnya rusuhan berlaku di negara2 Islam. na'uzubillah. BENAR...kita sedang meniti di akhir zaman. hmm.

owh.. Seperti saya juga, yang mendung sesekali tiba. Tetapi tidaklah sehebat dipanah getir. Cuma bila mendung... pastinya hati kurang gembira, badan di rumah otak putar memikirkan kerja. hmm. Semuanya saya mahu buat.. tetapi saya bukanlah superwoman. Saya bukanlah pemikir hebat untuk bisa analisa sepantas kilat. Bila kerja datang serentak? Yang mana perlu dibuat? Priority menjadi kunci utama. hmm. Adakah saya masih tidak bisa meletak keutamaan kerja? grrr!!!!! stress ya!

Dan bila berbicara tentang KPI...tugasan2 tersebut adalah KPI utama. Tetapi saya berpendapat lebih mudah jika hanya melaksana dari memerah otak seorang diri memikir itu dan ini. huh! Lebih mudah rasanya berceloteh di blog sendiri bukan? mengikut KPI sendiri sahaja...mengikut KPI bulanan saya iaitu jika sebulan 30 hari, maka entry juga harus mencapai three-zero. Seperti ada pula yang menyemak? hehe. Tetapi itu adalah salah satu cara untuk saya memastikan KPI berada di tahap selamat.{ ala2... hye, saya buat kerja. so mahu heboh di kaca tv juga. hiks.} Yang lebih penting, blog ini merupakan journal peribadi. Seperti di ofis juga, saya mempunyai journal mencatat kerja2 harian. Tetapi perlulah setiap hari saya mencatat itu ini? Stress lagi!

btw... saya sudah skipped satu journal iaitu mrs Cyana's wardrobe. Di zaman study dulu, saya akan mencatat setiap baju, seluar, skirt dan kasut yang dipakai untuk menghadiri kuliah. So setiap minggu saya setkan satu hari akan memakai baju kurung. Mungkin sebab itu juga dulunya saya lebih detail berbanding sekarang yang lebih 'cincai-bochai'. oppsss! Tetapi perkara ini benar2 berlaku... dulunya saya keluar rumah setiap hari dengan berlainan beg dan kasut. Kini? Keluar rumah tanpa secalit make up pun bisa sampai kemana saja. Then setiap minggu ulang baju yang sama kerna baju kebanyakan sudah dalam kondisi ketat! Part nie yang paling paling STRESS sebenarnya. huhu. Then setiap hari pergi dan pulang kerja berhadapan dengan JAMMED! ARRGHHH!!!!

No comments:

Post a Comment