Sunday, February 6, 2011

* Revolusi *

Kucing pun tak bisa setenang begini jika negara bergolak dengan Revolusi Belia. Revolusi yang tercetus dalam negara yang di lihat aman dan menjadi tumpuan para penimba ilmu. Negara yang kaya dengan budaya, yang gah dengan sejarah purbanya kini sedang bergolak dengan rusuhan oleh rakyat jelata yang mahupun revolusi atau dambakan perubahan setelah pucuk pimpinan selama 30 tahun gagal menukar status ekonominya, hanya menambahkan inflasi dan penggangguran atau hanya berjaya mengumpul kekayaan pemerintahnya. hmm.

Siapa sangka negara yang aman damai yang di diami oleh para cendikiawan Islam kini bergolak. Walaupun baru 2 minggu bermula, namun ianya telah melumpuhkan hampir keseluruhan negara Mesir. hmm... Mungkin rakyat yang menyuarakan revolusi kini berdepan dengan pelbagai jenis rusuhan. Revolusi yang menuntut perubahan politik secara amnya perlu diteliti... ianya mungkin bisa membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Ramai penuntut Malaysia khususnya yang menimba ilmu di bumi Mesir. Kini terpaksa berdepan dengan cabaran yang mungkin tidak pernah terlintas dek akal tentang bencana yang menimpa. hmm. Proses permindahan untuk mengeluarkan mereka sedang giat dilaksanakan. Salah seorang dari mereka adalah my brother in law Mua'wwidz yang kini sedang dalam perjalanan ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Beliau juga terpaksa menangguhkan pengajiannya dan meninggalkan semua barangan di Tanta. Bayangkan berapa ramai lagi yang berkorban dek kerna kezaliman dan keangkuhan si pemerintah yang telah bertahta selama 30 tahun. Berdoa dan terus berdoa...semoga kalian berada dalam keadaan baik dan di jauhi segala bencana. Semoga kalian dapat keluar dari bumi Mesir dan pulang ke negara dengan selamat. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment