Friday, February 18, 2011

* my dear mr BASS *

Assalaam alaykom sisters & brothers... Ketika ini saya sedang menunggu my dear mr BASS yang yang sedang beramah mesra, bersuai kenal, berharmonika dengan team yang bakal bersamanya selama seminggu di atas tugasan pada Konsert Maher Zain yang akan menyusul seminggu sahaja lagi. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari peminat2 brother Maher, maka beliau kembali dengan konsert selama 2 hari pada 25 dan 26 Februari 2011, diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

well..well.. saya dan hubby Moose bakal melalui jadual mingguan yang berbeza. mrs Cyana akan berangkat ke Utara, manakala mr Moose sibuk dengan vocal intensive tranin' setiap malam. Ada yang bertanya bisakah hubby Moose menyanyi? erm... suaranya kategori "deep husky voice" atau lebih kepada suara bass. Rupanya suara juga banyak jenisnya...namakan saja... melody, second, third, bass. Anda pasti teruja pabila mengetahui keunikan setiap ton suara. {no wonder vocal teacher...semuanya hebat belaka} owh...alangkah bahagia jika saya bisa menjadi sebahagian dari mereka? hehe. Nampak seperti mudah... sebenarnya setiap artis yang mahu mengadakan konsert, perlu mengekalkan stamina kerna sepanjang minggu berlatih sebelum tiba hari sebenar konsert. hmm.

Nampaknya stigma pembukaan tahun ini, saya lebih banyak bergerak ke sana ke mari. Jadual kerja merangkap percutian telah dirangka sehinga ke bulan Mei. Jika diberi kelapangan, kesihatan dan tiada aral melintang....maka bisa saja semuanya terlaksana. InshaAllah.


2 comments:

  1. Ke Kuching pada bulan April nanti ada dalam jadual tak? :)

    ReplyDelete
  2. kakcik.. InshaAllah. berhajat mau jadi penyokong. Sama2 kita support team HQ ek.. hehe.

    ReplyDelete