Thursday, February 17, 2011

* Futsal KBM HQ 2011 *

Date: 12th February 2011
Location: Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam

Assalaam alaykom... diam tak diam masa pantas berlalu. Seingat saya program futsal BERNAS baru sahaja berlalu. Rupanya kali terakhir yang dianjurkan Futsal KBM HQ pada November 2009. owh... teringat juga saya program itu sebenarnya kemunculan pertama saya sebagai mrs emcee berganding bahu dengan mr Faizal. Juga penglibatan saya dengan aktiviti kelab syarikat.. hehe. Kini mr Faizal telah menggalas tanggungjawab sebagai YDP KBM HQ, maka tugas emcee telah diserahkan kepada saya. erm.. banyak lagi yang perlu dipelajari..inshaAllah saya akan memperbaikinya dari masa ke semasa.

Kejohanan Futsal BERNAS KBM HQ telah berlangsung dengan jayanya di Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam. Walaupun sedikit jauh dari ibu negara, namun tempatnya selesa dan mempunyai saluran udara yang baik. hehe. Menariknya penyertaan kali ini melibatkan pasukan antara tingkat di HQ, pasukan SaveMore dan pasukan dari BSS Klang. Cuma penglibatan pasukan wanita yang menyusut... mungkin ramai yang ada hal lain yang tak dapat join, ada pula yang aktif kini sedang berbadan dua. hehe. {next tyme ek... hiks!}

Kejohanan ini bertujuan memilih pemain2 terbaik untuk mewakili pasukan KBM HQ ke Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan yang bakal diadakan di Kuching Sarawak pada bulan April nanti. {kantan... akak tak dapat ler mau join trip taman negara tu.. huhu}. First of all, selaku program coordinator... special thanks to mr Serituah as our Program Manager dan barisan AJK yang memberi komitmen yang tinggi dan sama2 berganding bahu untuk menjayakan program ini. To all players and supporters... you all memang BEST!

Pics courtesy from mr Ariff Muda... official photographer of BERNAS

seawal jam 8 pagi, AJK membuat persiapan program

menyemak senarai pasukan

menyediakan sarapan pagi

mrs emcee memulakan celoteh.. hehe

senaman ringan di ketuai oleh mr Ameer Wahdi


sambil senam sambil posin'

special request.... celebrate mrs Sarina's birthday

selepas perasmian, sesi bergambo ler... hehe

pasukan merah... The Redchillies

pasukan Star QA & Star QB

pasukan Twenty Nine

pasukan Loudspeaker & Lowspeaker

pasukan OHB United & OHB Madrid dari SaveMore

barisan AJK Futsal KBM HQ

taklimat dari ketua pengadil

bestfriend... miss Dila & mrs Julia

game bermula

mr YDP in action

para penyokong dan pemain

the Sexy 8....sempat lagi pose dengan jersi masing2

auuwww!!!! ada yang cedera

mrs Cyana with mrs Hanim, mrs Julia & miss Dila

mrs emcee happy dapat bersandar di jaring....macam spring.. hehe

pembantu pengadil mencatat keputusan

peace for mr cameraman

mr Faizal happy pasukannya menang jek... hiks

pasukan wanita yang terpaksa menentukan kemenangan melalui sepakan penalti

HAPPY MOOD!!!!!

the result

pemain yang keletihan... almaklumlah main liga tanpa henti... hehe

mrs Cyana with mr President yang cool

ketiga wanita... Sexy 8

naib johan wanita... pasukan Twenty Nine

johan wanita... The Redchillies

ketiga lelaki... Star QB

naib johan lelaki... BSS Klang

capten johan.. hehe

johan lelaki... pasukan Star QA

Pose Kenangan beramai2 sebelum pulang.....YEAY!!!

No comments:

Post a Comment