Monday, December 20, 2010

* in LURVE with YOU *

Assalaam alaykom sisters & brothers. Monday blues? owh pasti saya juga terkena auranya. Almaklumlah bercuti tiga hari, bila masuk minggu baru mata sememangnya berat untuk dibuka. hiks. Alhamdullillah semalam selesai sesi outin' versi pertama.. erm, maybe akan ada versi kedua, ketiga dan seterusnya.. InshaAllah. Semalam juga merancang untuk ke tiga lokasi, akhirnya hanya mampu cover satu lokasi dengan banyak perhentian.. hehe.

Berkesempatan juga beriadah sambil bekerja di tempat peranginan tanah tinggi Genting Highland. mrs Cyana tersenyum walau kepenatan.. ahaks! Cuacanya sangat sejuk di bawah 7'C.. SubhanaAllah. Mungkin juga kerna musim hujan kebelakangan ini. ermm pertama kali rasanya cuaca sejuk begitu, sebelum nie beberapa kali ke sana, tetapi tidak sangat merasa kesejukannya. hmm.

Pulang sahaja terus melelapkan mata membiarkan insan terchenta keseorangan yang masih lagi tekun bekerja. hmm. Semakin meningkat usia, mata tak mampu lagi bertahan lama.. ahaks! Memulakan pagi Isnin dengan tenang walaupun sebenarnya banyak kerja yang masih berstatus pending. Well..saya sedang mencuba untuk tidak membawa pulang kerja. Di ofis bekerja.... bila di rumah? saya mahu berehat sambil update blog.. hehehe. {chaiyok! chaiyok!}

my lurvely cool hubby Moose in pose!!!

Kebetulan semalam hubby Moose memakai warna sedondon wifeynya. Tidak dirancang, ianya secara kebetulan... atau hubby Moose cuba menjadi romantik dalam diam? ahaks. hubby Moose tahu minat wifeynya yang mahu sesekali kelihatan sedondon dalam warna. Always be happy especially when we are together jalan2.. hehe. yea... I'm sooo in lurve with you CYG!

happy mrs Cyana in pose too!!!
owh.. I just lurve this greeny purple combination.

Actually hati masih tak tenang bila memikir ada kerja yang perlu disiapkan segera. Tetapi perlukah saya menyiapkan kerja dengan SEGERA sekadar kerna mahu memenuhi permintaan orang lain yang mahu memudahkan kerja mereka sahaja. hmm.

No comments:

Post a Comment