Tuesday, November 9, 2010

* Jelutong..tempat lahirKU *

Jelutong tempat lahirku yang kini semakin hari menempuh arus permodenan. Jika dahulu saya berlari2 di atas titi kayu menuju ke rumah makcik yang berdekatan dengan rumah Tok Kurus dan Tok Gemok {panggilan untuk atuk dan nenek}. Kini express highway yang telah dibina di tepian laut melenyapkan rumah2 di atas air. Maka anak2 generasi kini tidak mungkin dapat merasa pabila air pasang penuh, airnya hanya 2 inci di bawah paras lantai. Anak2 kini tak bisa merasa bagaimana keadaannya bila terjatuh di dalam lumpur atau lebih sinomin dengan panggilan selut. hehe. Yang gah kini rumah2 pangsa mencakar langit... dan hanya sebahagian sahaja jeti2 kecil nelayan yang terdampar di tepi laut. Negeri2 di sebelah utara sedikit berbeza dengan negeri2 selatan.. kerna negeri si utara memerlukan jeti atau titian kecil untuk menambat sampan mereka. Manakala negeri di sebelah timur hanya menambat sampan di atas pasir pantai. Dan uniknya ciptaan ALLAH swt, dijadikan air pasang surut...hmm. Indah. Tak mampu diungkap dengan kata2.

Jelutong yang dahulunya kaya dengan sumber laut mungkin kini pendapatan golongan nelayan kecil semakin berkurang. Dan semakin berkurang juga golongan muda yang berminat untuk ke laut menangkap ikan. hmm. Memori indah masih terpahat bila mana mengikut ABAH ke laut bersiar2 menaiki sampan Tok Kurus. Kemudian setiap kali pulang ke Jelutong.. pastinya saya menanti kepulangan Tok Kurus dari laut kerna beliau akan membawa pulang ikan yu dan juga belangkas. hehe.

Cuma yang pasti kini, kawasan Jelutong telah menarik minat mata2 photographer untuk merakam tinggalan yang masih ada, tambahan pula ianya kawasan terbitnya mentari pagi. Walaupun sedikit hampa, sewaktu kesini kerna malam harinya dibasahi hujan... maka matahari tidak kelihatan. Namun ianya tidak menghampakan mata2 yang mencari sesuatu yang unik. owh.. btw tahun lepas juga saya telah berkunjung ke sini cuma waktunya sahaja berbeza. you may check out think link ya.

nicely captured by hubby Moose

air surut di pagi hari

dari jauh kelihatan samar2 tanah besar Seberang. Kenangan masa kecil masih utuh terpahat di minda. InshaALLAH.

LOVELY scenery.. SubhanaALLAH!

No comments:

Post a Comment