Sunday, November 14, 2010

* behind the scenes of HADIAH *

Salaam... di hujung minggu dapat buka mata di kala matahari di atas kepala..wahhh!!! bahgia jek. Kebiasaannya jika ada program seawal pagi harus bergegas ke tempat bertugas dan hanya akan pulang selepas terbenam matahari. Teringat pula gmbo2 semasa persiapan untuk Program Treasure Hunt pada bulan lepas.. seminggu asyik bergelumang dengan hadiah jek. hehe. Kerna bulan lepas penuh sungguh dengan program... bulan nie mungkin bulan berehat sebelum menghadapi bulan December yang akan dipenuhi dengan acara makan2 nasi minyak bersama air sirap di majlis kawen. ehehe. {ada ker orange juice di kenduri? ahaks}

okay...dengan bantuan mr BB, gmbo2 dirakam. Walupun mutu tak sehebat mr Niko... tetapi masih mampu merakam 'behind the scenes of HADIAH'.

mulakan dengan hamper. Hamper2 yang sangat banyak sehingga menyebabkan pihak penganjur menyewa lori untuk membawa hamper2 tersebut ke Cherating.

aktiviti penyediaan hadiah dibahagikan kepada DUA kumpulan.. satu kumpulan mrs Cyana dan satu lagi miss Maria. Memandangkan kami berdua agak sibuk dengan tugas2 harian, maka hanya pada minggu terakhir sahaja kami dapat memperuntukan masa membeli hadiah.
So terpaksalah kami berpecah ke shoppin' mall yang berbeza.

antara barangan elektrik yang di borong. Bayangkan jika semua peserta akan pulang dengan hadiah. Kalah atau menang juga menerima hadiah, ditambah pula dengan hadiah cabutan bertuah... Rezeki peserta, Alhamdullillah!

siap bawa calculator... takut terlebih belanja.. hehe

bestkan kalo setiap hari dapat shoppin' penuh troli. Best dapat shoppin' hari2!! hiks.

cutie comforters... antara hadiah untuk cabutan bertuah

miss Maria ditemani mr BFnya{orang berchenta amik peluang bberdatin' la kan.. ahaks. }
mrs Cyana ditemani mr Serituah yang juga merangkap AJK Treasure Hunt.

sampai lewat malam kami shoppin'.. pening juga mahu cari barang2 di bawah kadar bajet dalam kuantiti yang banyak

the bodyshop sets.. yang nie saya suka!!

sebahagian hadiah yang dibeli... miss Maria shoppin' di Metrojaya dan Isetan..mestilah lebih best dari we all yang shoppin' di Tesco.. ahaks.

tender room yang jadi 'port hadiah'. btw thanks to mrs Boss yang memahami keperluan we all menggunakan bilik tender sebagai tempat penyimpanan hadiah... almaklumlah hadiah juga perlu disimpan rapi... {kalo hilang.. nanges den} and big thanks to AJK hadiah yang bertungkus lumus menyediakan hadiah dan goodies bags.

goodies bags yang memenuhi bilik tender

goodies untuk 25o orang termasuk peserta, AJK dan cenderahati

barang2 goodies

sehari sebelum program, taklimat jalan raya diadakan di Level 3, Menara HLA

tekun mendengar semuanya.. hehe

taklimat oleh mr Tulip

AJK Hadiah in POSE!!!!!
Sama biru sama sengih sebab gembira dapat pose selepas shoppin'

ready untuk bertolak ke Cherating... mrs Cyana in black and white

breakfast with hubby Moose at Giant Gombak

pose after kenyang!!!!

yeay!!!! dah sampai ke destinasi yang di tuju

jalan masuk ke Impiana Cherating Resort

yang mula2 menarik lensa mr BB

lurve it!!

the best piece by mr BB
lovely!!! tenang jek mata memandang... {jom pergi lagi CYG... ahaks!}

Kerinduan pula... tak sabar menanti the next JALAN2 program. Tunggu ya!!! InshaAllah awal tahun depan we all bakal menganjurkan lagi program jalan2 sambil makan. Penat tak terasa bila melihat semua yang pulang mengukir senyuman. Smile!

2 comments:

  1. Salam Cyana,

    u keje pat mane? kenapa asik ada program memanjang je.. Dah tu jalannn je..Best tull...

    ReplyDelete
  2. salam kak yan... keje pat tender. tp aktif join program since sy AJK kelab.. skali skala dpt la jenjalan. tp kalo hubby kakcik mmg keje die lg byk jln2 hehe.

    ReplyDelete