Thursday, August 19, 2010

* the future PROJECT *

mrs Cyana's stuff

Alhamdullillah... akhirnya berjaya menyiapkan minit yang tergendala selama satu minggu. hmm. Bila terlalu lama pending, mulalah lupa apa yang mahu ditulis..{makan semut kottt..ahaks} dan memandangkan masa adalah agak terhad, minit tersebut terpaksa ditukarkan formatnya menjadi format teringkas. hmm.. mungkin lebih mudah orang membacanya... :)

btw.. minit tempoh hari berkenaan merangka semula sistem kontraktor untuk diguna pakai bermula tahun depan...itu targetnya. Seperti biasa juga, insan kerdil ini ditempatkan di unit kerja!!! maka harus bekerja lah yer.. ahaks!!! Sesekali berangan juga sesekali mahu berada di unit induk.. tempat untuk membuat keputusan... mungkin masih belum masanya lagi, banyak yang perlu dipelajari. hmm. Bak kata impian bermula dari angan2.. SMILE! {tak salahkan pasang angan2? moga angan2 mencapai jadi kenyataan, InshaAllah}

well.. saya masih lagi menyimpan hasrat mahu menjadi seorang Project Manager. Menguruskan sesuatu projek, lebih bagus jika ianya berkaitan dengan IT kerna itu background saya. Teringat lagi semasa waktu interview dulu, alasan diberi untuk TIDAK memilih programmin' kerna saya lebih berminat kepada pengurusan... untuk sampai ke tahap itu, banyak juga ilmu yang perlu dimiliki. Saya akui untuk menguruskan sebuah projek, perkara yang penting adalah teamwork. Selain itu, penting juga bagi seseorang Project Manager itu merangka timeline yang baik dan meneliti skopnya agar tidak tersasar dari objektif. hmm. Itu semua antara cabaran yang bakal dihadapi.

owh..sesekali rindu pula zaman berada di fasa projek. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini akan membuahkan hasil. InshaAllah. Walaupun masih berada di fasa plannin', namun fasa ini adalah penting untuk mengenalpasti skop agar dapat memenuhi semua keperluaan pengguna. well... Imust say WELCOME to mr/mrs/miss programmer yang bakal bekerjasama bersama saya nanti bagi merangka sistem ini. hmm.. Selamat bersahoor ya!!!

No comments:

Post a Comment