Tuesday, February 23, 2010

* Bimbangkah Penguasaan Wanita *

Assalaam alaykom... tajuk berita utama akhbar mengenai kebimbingan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Memetik kenyatan akhbar;

"Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita."

Pendapat saya:

Nisbah gender yang disasarkan oleh kerajaan adalah 3o:70 iaitu 30% adalah wanita TETAPI kini nisbah wanita telah meningkat naik mungkin disebabkan beberapa faktor seperti yang utama pencapaian akademik wanita yang lebih memberangsangkan dari lelaki. hmm. Itu hanya salah satu faktornya. Apa salah jika nisbah wanita lebih sebenarnya? Jangan pula melihat wanita sebagai kaum yang lemah dalam membuat keputusan. Walaupun wanita disifatkan lebih penyayang kerna ciri keibuaannya, tetapi pabila situasi tertentu wanita juga mampu melakukan perkara sebaik lelaki. hmm.. itu hanyalah pendapat seorang insan bergelar wanita. Benar juga kata pepatah "Tangan yang menggoncang buaian, bisa menggoncang dunia". hehe.

waktu bekerja SAYA bila mana dikelilingi lelaki.. hehe

Jelasnya... saya setuju boss wanita lebih cerewet bila dibandingkan dengan lelaki kerna kebiasaan lelaki lebih mudah bekerja sambil lewa... maka jika boss memilih pekerja wanita yang lebih rajin...sila jangan melenting ya. hehe.

Pengalaman saya mempunyai 2 orang BOSS di 2 bidang yang berbeza. Boss LELAKI di bidang production manakala Boss WANITA di bidang korporat. erm..masing2 mempunyai kekuatan yang berlainan tetapi masih mempunyai kreadibiliti seorang pemimpin. Di bidang korporat yang kerusinya empuk berhawa dingin dikelilingi team wanita. Boss seorang yang slumber, TETAPI kerja harus siap on-time! yang lain... free bloggin' ahaks!

Manakala di bidang production, kerja sememangnya meletihkan di bawah terik mentari tiada lagi bau yang harum menjelang petang. erm.. waktu bekerja itu saya biasanya dikelilingi LELAKI yang sesekali nampak lebih santai dikala bekerja. TETAPI Boss LELAKI saya yang lebih nampak slumber itu sebenarnya lebih cerewet dari Boss WANITA. Kerja pula harus disiapkan beyond-time!... huhu. Maka hal ini sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri bukannya kerna gender.

ATAU saya harus berada di tempat BOSS iaitu pembuat keputusan, barulah bisa untuk menilai isu ini. hehe.

p.s: boss bila nak belanja makan? hehe

No comments:

Post a Comment