Friday, January 15, 2010

* Syukur di bumi Malaysia *

Salaam sisters & brothers... pabila mendengar bermacam-macam bencana yang menimpa muka bumi ini. Terbaru gempa bumi di Haiti yeng telah mengorbankan sekurangnya 100 ribu nyawa malah semakin meningkat angka itu.... dan terkini banjir besar yang melanda di Kenya.

Sejenak bila mengenangkan nasib mangsa2 bencana alam, saya amat bersyukur kepadaNYA. Alangkah bertuahnya saya dilahirkan di bumi Malaysia.. yang kedudukan geografinya bebas dari lingkaran gunung berapi sekurang-kurangnya dan bebas juga dari serangan anasir2 jahat. hmmm... dan jika ada pun hanyalah bencana kecil seperti banjir di musim tengkujuh atau peperangan fahaman politik yang berlainan, namun masih lagi di tahap AMAN. Alhamdullillah.

Dan saya sentiasa mengingati diri sendiri... jika berlaku sesuatu pasti ada hikmahnya. ALLAH itu maha ADIL, maha MENGETAHUI apa yang terbaik untuk umatnya.

No comments:

Post a Comment