Monday, January 11, 2010

* AJL24?! Juri Penonton *

Salaam.. good mornin' to everyone. erm.. melihat gmbo diatas pastinya rata2 telah mengetahui isi kandungan untuk entry ini... kerna semalam ramai yang dihiburkan dengan Anugerah Juara Lagu yang ke 24, salah satu anugerah yang berprestij di Malaysia {bak kata pengacara}.

Saya juga mungkin tidak berkecuali mengikuti, cukuplah hanya menonton AJL setahun sekali kerna perjalanan Muzik2 yang ditayangkan setiap minggu bukanlah pilihan. Maka untuk tidak ketinggalan dalam mengikuti arena muzik, saya hanya memilih menonton AJL. erm.. fresh lagi mengingatkan penyanyi favourite saya, Francisca Peter dengan lagu Sekadar diPinggiran menjadi juara pertama AJL. hehe.

okay. berbalik cerita AJL24, keseluruhannya adalah baik. thumbs up PENERBIT & CREWs yang bertungkus lumus menghasilkan yang terbaik dari AJL sebelumnya. erm.. dan berikut adalah beberapa pendapat saya selaku juri kecil di depan kaca TV sahaja... hmm.
  • Persembahan pembukaan Dato' Siti Nurhaliza dengan dwi-fesyennya{gabungan kain & seluar, dan scarf..itu bukan hijab ya... hmm} berganding dengan Azlan & the Typewriter adalah sesuatu yang menarik., mungkin juga bisa mengalahkan peserta yang bertanding. hehe.
  • Gabungan tiga pengacara Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail sangat cute!! berjaya menghiburkan hati penonton dengan lawak2 bersahaja.
  • Lagu Aizat "Pergi" sudah dijangka JUARA kerna elemen2 dalam lagu tu adalah unik & bertepatan dengan konsep masyarakat majmuk. {sorry, saya kurang menyokong perkataan "1Malaysia" kerna bagi saya konsep ini lebih gila glamer or hanya sesuai utk org2 yang racist sahaja. maaf!!}.. owh, suara latar penyanyi India itu sangat membantu lagu menjadi lebih unik dan meremang bila mendengarnya. SYABAS!!!!
  • Yuna yang menjadi pujaan Kenanga, menampilkan sesuatu paduan suara yang cool dengan disertakan suara latar yang sangat mantap. Pesembahan yang simple, yang paling menarik openin' dengan petikan piano kecil.. {teringat zaman2 kanak2 ya}. Pencapaian yang bley dibanggakan oleh komposer muda ini dengan penampilannya berhijab. Sekali lagi membuka mata dunia. {owh, tudung yuna bakal famous di pasaran}, cuma saya berpendapat lebih manis jika Yuna yang comel itu memakai palazo or sekurangnya bukan leggin' yang terlalu melekat di kakinya..{owh.. mungkin itu fesyen terkini, tapi untuk berada di pentas berprestij seperti itu, banyak mata2 yang memandang.. hmm}.
  • Faizal Tahir dengan Bencinta menampilkan persembahan yang tidak kurang hebatnya. Syabas kepada FT yang seperti ala2 Michael Jackson & gimik terakhir kemunculan Shila juga menarik. Tahniah!
  • Rata2 yang lainnya, semua persembahan adalah baik. Kehadiran artis2 baru yang majoritinya dari program realiti dan monopoli muzik Indie sememangnya sangat memberi impak yang besar kepada AJL24. Yang kurang menarik di mata saya semasa persembahan Bunkface & Hujan.. erm, Bunkface sudah cukup bagus dengan gimik kehadiran dua bintang cilik Idola Kecil... tetapi sebaik sahaja kemasukan secara beramai2 rakan2 mereka di stage.. itu mencacatkan pemandangan saya.
  • Hujan pula, lagu "Aku Skandal" mungkin tidak sebagus "Pagi yg Gelap", dan kecacatan kehadiran penyokong2 Hujan di bawah pentas...adush! saya hanya bisa berkata.. "Ini pertandingan, bukan gig ya. Tidak sesuai rasanya, malah menunjukkan moral anak2 muda yang lebih negatif dari positifnya". hmm.
  • Kemudian pabila lagu Aizat "Kau Aku", kehadiran adik2 memakai pakaian seragam adalah sangat comel & memberi impak kepada persembahan tersebut. Tetapi mata saya sudah dicemari dengan gelagat penyokong2 indie sebelumnya, mungkin ada Aizat versi kecil itu yang membuat ianya lebih menarik.
  • Vokal terbaik yang dimenangi Black sememangnya layak kerna suara tingginya itu mungkin memberi tuah padanya. {tetapi, tak manis kot Black mencium pipi mentornya itu. hmm}
  • owh.. saya suka persembahan zaman2 60an ke 90an, mungkin ade yang penerbit tertinggal iaitu muzik R&B dan hiphop yang juga pernah menjadi pilihan muzik Malaysian. {owh, masa terhad gamaknya.}. btw saya suka penampilan Jay Jay & Search, MUT tanpa Azlan kurang sengatnya. hmm.
btw, TAHNIAH diucapkan kepada yang menang....terutamanya kepada 3 pemenang utama yang juga merupakan komposer muda dan bakal pendokong seni negara. Dan kepada yang tidak berjaya anda semua harus berbangga kerna sudah membuat persembahan yang baik. Thumbs up! Kurangkan kontroversi, Tingkatkan prestasi. ahaks.

5 comments:

  1. komen juri:

    1) penjoget2 lagu hujan itu ialah dirancang menurut kate fbi kt radio hotfm td.

    2) MUH la bkn MUT. meet uncle tahir ker?

    sekian..

    huhu

    ReplyDelete
  2. paling suka yuna!selalu deena xsuka sgt dia tp persembahan at the beginning tu mmg unique.
    superb!

    ReplyDelete
  3. smlm akak flat..so tak sempat tgk 2 lagu yg sangat akak suka, Yuna and Faizal Tahir.

    Pembukaan by Dato' Ct yg menyanyi solo adalah tidak disukai oleh akak, kerana ianya telah mencacatkan lagu itu. and weird.
    Tetapi, bila bergandingan dgn Lan & the typewriter, boleh pulak nyanyi ikut lagu asal. Lagi sedap pulak tu.

    Juara juga telah dijangka, sama spt telahan cyana.

    ReplyDelete
  4. Chajulya: anda mmg prihatin kesalahan tatabahasa.

    Deena:Yuna mmg best. kreatif.

    Kak Odah: lerk..akak tdw ka? sure sbb tgk Dato'CT. hehe. tp mula mmg cacatkan lagu. naseb Lan ada. ROckS!!!

    ReplyDelete