Friday, November 6, 2009

* WAHABI yang disensasikan....*

As salaam alaykom... salam juma'a buat semua rakyat Msia yg masih lagi hangat dikejutkan dgn berita penangkapan bekas mufti Perli, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yg didakwa memberi ceramah tanpa kuliah & beliau didakwa mengamalkan fahaman "WAHABI".

Semlm selepas solat maghrib, hubby Moose sempat bertanya saya.. tau tk apa itu fahaman wahabi? {erm.. saya bukan arif utk menjwb ya.. mata kelip2 masa tu}, seingat saya selalu juga saya memerhatikan solat tawarikh dari Kota Mekah.. cara mereka sedikit berbeza. saya juga pernah bertanya pada hubby Moose, jwbnya fahaman mereka berbeza.
hmm.. mungkin sedikit berbeza caranya..tapi saya menarik nafas lega pagi ini bila membaca statement dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yg juga mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan mereka tidak pernah mengkategorikan fahaman wahabi sebagai salah & sesat.

"Antara ajaran fahaman WAHABI ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yaasiin selain tidak berzikir selepas solat seperti amalan biasa umat Islam di negara ini yg berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Okay kalo nk tahu lebih lanjut... sila klik di Malaysiakini.

Saya cuma terfikir kenapa Dr Mohd Asri diaibkan sebegitu.. tangkap dulu then baru fikir apa yg nk didakwa..adush!!! sesetengah pendapat menyatakan ianya mungkin berbaur politik. TAPI bg saya yg kurang sedikit pengetahuan agama nie.. mungkin akan percaya bulat2 tajuk utama akhabar...contohnya tajuk BESAR "Ditangkap kerana tidak bertauliah berceramah" !!!!! tp hari ini tajuk KECIL pula.."mohon maaf, tarik balik kenyataan"... bley pulak gitu, tuduh2 then bila empunya badan mahu kemukakan saman then baru nak minta maaf!!!! maksudnya empunya badan sudah teraniaya!!! apa yg sebenarnya berlaku? hmmm...

* pssttt... gmbar sekadar hiasan.. saya sangat suka composition & the burqa! subhanallah. alangkah indahnya jika saya adalah org di dalam gmbo tu.. hmm

No comments:

Post a Comment