Friday, October 27, 2017

* Al Fatihah | Hj Hezri Hj Ali *

"Senja hitam ditengah ladang
Dihujung permatang engkau berdiriPutih diantara ribuan kembangLangit diatas rambutmuMerah tembagaEngkau memandangkuBergetar bibirmu memanggilkuBasah dipipimu air mataKerinduan, kedamaian 

Batu hitam diatas tanah merahDisini akan kutumpahkan rinduKugenggam lalu kutaburkan kembangBerlutut dan berdoaSyurgalah ditanganmu, Tuhanlah disisimukematian adalah tidur panjang."
~Ebiet G Ade~

Alfaatihah. Hj Hezri Hj Ali atau mesra dengan panggilan Tok Baba dikalangan keluarga telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin tanggal 9 Oktober 2017 bersamaan 19 Muharam 1439H. 


Setelah empat tahun berbaring di katil dan setelah setahun pemergian Tok Mami, kini tiba giliran Tok Baba dijemput Ilahi pada petang diantara waktu zohor yang tenang setelah beliau dibersihkan. Keluarga kami sedia maklum akan kesihatan Tok Baba yang agak nazak sejak penghujung bulan Ogos yang lalu. Ketika itu beliau dibawa pulang dari hospital dengan keadaan kami redha akan kesihatannya yang mungkin telah sampai ke penghujung. Alhamdullillah ramai juga kunjungan ahli keluarga yang sempat melawat Tok Baba. Benar kata itu adalah tanda-tanda empat puluh hari yang terakhir. Ketika tanda akhir menjelang, beliau tidak mampu lagi berbicara seperti biasa, tidak bisa menikmati makanan dan hanya diberi minuman melalui saluran. Apa yang mampu kami berdoa agar beliau dijemput dengan sebaiknya setimpal dengan jasa dan pengorbanan sepanjang hayatnya di dunia. 

Empat tahun tidak terasa masa berlalu pabila kami menetap serumah dengan Tok Baba dan bila tiba hari ketiadaan pasti kita akan terasa. Jasad yang sebelum ini baring di katil bersebelahan insan tercinta di sebelah katil yang satu lagi adalah temannya. Benar kelihatan Tok Baba lemah apabila ketiadaan insan tercinta iaitu Tok Mami yang dijemput Ilahi tahun lalu. Ketika itu beliau redha menerima ketentuan untuk hanya berdoa dari katil kerna tidak dapat sama menghantar Tok Mami ke liang lahadnya. Namun apa yang bisa dirakam memori pengorbanan agung cinta kalian berdua. Tok Baba seorang yang kuat akan membawa isterinya ke mana sahaja walau ketika itu Tok Mami sudah tidak mampu berjalan dan telah hilang ingatan dek faktor usia. Tok Baba penuh kesabaran melayan Tok Mami sehingga ke nafas terakhir dan pabila tiba jemputannya, beliau pergi dalam diam dan redha. Semoga roh Tok Baba dan Tok Mami tenang disana. 


laporan kematian Tok Baba

 kali terakhir lil' Emir melihat Onyang

kucupan terakhir anakanda. Alhamdullilah rezeki brother in law Ustaz Awez mengimamkan solat jenazah di Masjid Seksyen 7 dan rezeki Tok Baba dipermudahkan urusan untuk mengebumikannya dengan segera. Semua urusan selesai menjelang maghrib. 

perjalanan akhir Tok Baba meninggalkan masjid dan beliau juga merupakan mantan Imam di Surau Assyukriah Jalan Yadi, Klang.


Maka tiada lagi panggilan telefon sepanjang hari kerna Tok Baba akan menghubungi hubby Moose sekiranya mahukan sesuatu. Antara tugasan hubby Moose adalah menukar lampin Tok Baba sehinggakan beliau sendiri mahir menukar lampin lil' Emir ketika masih bayi. Kini pasti beliau merindui tugasan harian iaitu ke kedai membeli bekalan air kotak. Tok Baba adalah seorang yang pemurah. Beliau sentiasa memastikan bekalan air kotak tersedia untuk anak cucunya. Masih ingat lagi ketika beliau sihat, kami mewah dengan menu yang terhidang penuh di atas meja setiap kali beliau tahu anak cucu mahu berkunjung. Malah hubby Moose pernah bercerita yang kegemarannya apabila berkunjung ke rumah Tok Baba sejak kecil adalah membuka peti ais yang penuh dengan pelbagai air kotak atau makanan. owh.... lil' Emir juga turut sama gemar membuka peti ais Tok Baba untuk mengambil air kotak. Seingat saya hari terakhir beliau menghubungi saya ketika waktu sedang bekerja untuk bertanya tentang makanan. hmmm.

"ALLAH dah tarik nikmat makan TokBa"... terngiang lagi kata-kata hubby Moose dua hari sebelum pemergian Tok Baba ketika kami menjamah bihun goreng. Menu itu walau paling ringkas ianya merupakan kegemaran Tok Baba. Setiap kali saya masak bihun goreng pasti akan saya hidangkan sepinggan untuknya kerna Tok Baba adalah peminat bihun goreng saya. Kini tiada lagi penggemar tegar bihun goreng selain hubby Moose dan lil' Emir. Tentu sekali saya akan memahat kenangan Tok Baba dan Tok Mami gemar akan masakan bihun goreng saya yang tidak seberapa itu. Penghargaan yang diberi adalah amat tinggi sehingga membuatkan menu bihun goreng saya sangat istimewa. 


"Umy... Onyang sakit!!" kata lil' Emir kepada saya sehari sebelum pemergian Tok Baba. YA ALLAH!!!! adakah anak kecil ini bisa merasai panggilan akhir dariNYA. Alhamdulilah lil' Emir dan lil' Eijaz sempat jua bertemu dengan Tok Baba walaupun mungkin mereka tidak mengerti apa. Sekurangnya lil' Emir akan berkata "Onyang go to heaven, Umy" Ameen. Kerinduan itu amat terasa pabila kehilangan benar berlaku dan sejauh mana pengorbanan kita kepada mereka-mereka itu. Semoga Tok Baba ampunkan semua dosa kami dan halalkan makan dan minum kami. Hanya memori indah yang tersemai di jiwa. 



Damailah Tok Baba di sana. Kami sentiasa berdoa agar roh Tok Baba dan Tok Mami senantiasa aman dan ditempatkan dikalangan roh-roh mukmin dan semoga bertemu kita di syurga. May ALLAH swt be with you Tok Baba, Ameen.

Saturday, October 21, 2017

* Coming Soon @ Glenmarie *


[BERITA GEMBIRA!!! #PERHATIAN WARGA BERNAS!!] JOM HADIR GEGARKAN DATARAN GLENMARIE,SABTU, 18 NOVEMBER 2017 DENGAN PROGRAM RICE WARRIOR CHALLENGE 2017 @ GLENMARIE & 4KM GLENMARIE MORNING WALK YANG JULUNG KALI DIBAWAKAN OLEH KELAB BERNAS MALAYSIA.
. . 

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
APA LAGI AKTIVITI YANG MENARIK??? 

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
✔ Zumba
✔4KM Glenmarie Walk (terbuka untuk 500 peserta sahaja)
✔ Rice Warrior Challenge (ahli KBM sahaja)
✔ Photo Booth 

✔ Fleamarket
✔ Sukaneka 

✔ Clown
✔ Cabutan bertuah 

✔ Dan banyak lagi!!! . 
Jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti santai sambil riadah disamping mengeratkan persahabatan. Bayaran serendah RM20 untuk ahli KBM dan RM40 untuk ahli keluarga/kenalan bagi menyertai 4KM Glenmarie Walk dan anda akan mendapat Tshirt, medal, bib dan sijil penyertaan. 
Maklumat lanjut @ Instagram & Facebook KELAB BERNAS MALAYSIA.
.
.
#JOM SHARE & TAG aktiviti sihat ini kepada keluarga, jiran-jiran & kenalan semua.
#ricewarriorchallenge2017 #kelabbernasmalaysia


*********************************************************************************

Assalam alaykom... berita terkini persiapan program anjuran Kelab BERNAS Malaysia yang akan diadakan di perkarangan Ibu Pejabat BERNAS Glenmarie. Doakan semuanya berjalan lancar dan pastinya jika mahu cerita terkini dan BTS program bisa follow Instagram Cyanamoose dan jika sesiapa mahu menyertai program ini boleh hubungi saya di email tersebut. See ya' .



* Hello October!!! *


mrs tender @ STJ

Assalam alaykom... pantas benar masa berlalu dan pejam celik telah masuk ke bulan kelahiran saya iaitu bulan October. Niat di hati mahu update cerita namun dek kerna kekangan masa maka saya hanya aktif di laman Instagram sahaja yang lebih ringkas tanpa berbicara. Tetapi benar tidak sama dengan blog yang mana cerita lebih mudah dirujuk pada masa hadapan. 

Banyak yang berlaku dan banyak juga progress terkini kerja. Yang pasti gambar mrs Cyana di atas adalah di tapak salah satu projek khas atau pilt projek menceriakan kilang. Dimana team saya walaupun penglibatan hanya sepuluh peratus dari keseluruhan projek namun apa yang penting memastikan kerja itu tersusun dan mengikut SOP tender seadanya. Benar orang hanya melihat saya tersenyum dan tertawa sekurangnya mengimbangi stress kerja yanng agak luar biasa. Namun sebagai Sekretariat saya harus sentiasa tersenyum di paksi tengah antara pengguna dan sentiasa mencari pendekatan untuk menaturalkan suasana. 

Anyway... welcome October bulan sambutan projek pilot yang mungkin saya bisa berkongsi ceritanya kelak. InshaAllah. 


Tuesday, June 20, 2017

* Raya Mood is ON!!! *

Assalam alaykom... telah masuk ke fasa sepuluh malam terakhir Ramadhan. Benar pantas masa berlalu seakan baru semalam sahaja bermula Ramadhan dan tanpa sedar minggu hadapan bakal menyambut Syawaal. Alhamdulillah kali ini saya sempat juga berpuasa pada minggu akhir selepas habis berpantang. Syukur saya dua tahun berturut dapat mengerjakan puasa penuh dan pasti rindu apabila tidak dapat berpuasa tempoh hari dek kerna dalam pantang. Seperti biasa mood insan bergelar Ibu pasti sibuk mengatur keperluan raya seperti biskut raya, jamuan pada hari raya, baju raya, duit raya, tabung rayadan bermacam lagi raya. hehe. 

Lucunya apabila saya sedar akan berpantang sepanjang Ramadhan... bererti tiada masa untuk shoppin', maka terus saya membuat persiapan dua bulan lebih awal untuk membeli baju anak-anak. Lucky me anak lelaki tidak banyak aksesorinya. ahaks! Tetapi pening juga kerna mahu sedondon berdua dan baju Umy akan diatur kemudian. Dan seperti biasa walaupun telah membeli baju lebih awal... pasti akan bertambah lagi pada waktu akhir. oppss!!! Bahaya juga semasa berpantang, lebih banyak masa terluang siang dan malam juga sambil stay up sambil klik klik klik. Oh NOOOO!!! Online shoppin' lebih pantas dan bahaya untuk isi poket.. ahaks! Saya turut terkena tempias online shoppin' namun untuk pakaian saya lebih gemar membeli sendiri di kedai. Persiapan baju raya mungkin akan dikongsi kemudian kelak InshaAllah. 

Latest petang tadi Umy ditemani lil' Eijaz sempat juga shoppin' walau dalam masa singkat. Tipsnya saya hanya tuju ke kedai yang familiar sahaja dan hanya memilih item yang telah disenarai pendek. hiks! 

 let's go Umy!!!

the first mirror selfie berdua... ohhh!!! boy zone again and again!

Umy berjaya menambah koleksi baju untuk anakanda berdua walaupun baju Umy hanya 'recycle' sahaja... oppss!!!

Semoga bertemu lagi Ramadhan. Ameen.